Monday, September 28, 2015

Confirmed

Assalamualaikum

Isteri aku kata dia suka membaca tulisan aku. Katanya 'inspiring'!.
Padahal, blog aku yang lama sudah ditutup, maka tiada entri untuk dibaca.

Memandangkan aku sedang menunggu program 'matlab' ini tamat, aku nak menulis sedikit di sini.

Lebih kurang dua bulan lepas, aku lulus untuk tahun pertama PhD. Sesi pembentangan ringkas itu dipanggil 'PhD confirmation seminar'. Latihan pembentangan dilakukan di depan penyelia beberapa kali dan juga di rumah, iaitu di hadapan isteri. Umumnya, tak susah untuk lulus.

Walaupun kejayaan ini mungkin tidak sebesar mana, tapi kami rasa sangat gembira.

Seingat aku, bila pulang dari uni, isteri hidangkan aku nasi beriani yang dibuat sendiri, dan kemudian, ada juga ini:


Moga Allah kasihankan kami.
Terima kasih,

Saturday, May 30, 2015

Pengenalan

13 Shaban 1436

Assalamualaikum

Ini adalah sebuah laman separa-peribadi untuk aku kongsi cerita, ilmu, pengalaman, pendapat dan pelbagai lagi.

Moga Allah permudahkan usaha ini.


Mohd Almie Bin Alias